CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 867|Reply: 1

[Sabah] Sekeluarga Cedera Dapur Steamboat Meletup

[Copy link]
Post time 22-6-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Mangsa diberikan rawatan awal di lokasi kejadian. – Foto BOMBA

KOTA KINABALU: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan pengalaman mengerikan ketika menjamu selera apabila dapur memasak steamboat tiba-tiba meletup di sebuah restoran di Alam Mesra, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua kanak-kanak terbabit terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 malam.

Katanya, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita dilaporkan cedera di tangan manakala mangsa lelaki pula melecur di tangan dan luka di kaki.

“Kedua-dua mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.

Katanya, operasi terkawal pada jam 9.35 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya enam minit kemudian. – HMetro


sabahpost.net/2022/06/20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 04:20 PM | Show all posts
dapur portable yg guna gas dalam tin tu yg senang meletup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043016 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list