CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 5

[Tempatan] Curi kenderaan tersadai, lima ditahan

[Copy link]
Post time 22-6-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Curi kenderaan tersadai, lima ditahan


Seorang daripada suspek dan kenderaan yang dirampas. FOTO ihsan PDRM

Ampang Jaya: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes curi kenderaan di Bandar Baru Ampang di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek pertama berusia 42 tahun ditahan di sekitar daerah ini hasil risikan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Susulan tangkapan itu, polis kemudian ke sebuah premis menjual besi buruk di Kuala Lumpur dan merampas dua kereta jenis Mitsubishi Galant dan Mitsubishi Tredia yang disyaki dicuri, sebuah lori dan beberapa barang berkaitan dipercayai hasil barangan curi.

"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun secara berasingan di Jinjang, Wangsa Maju dan Ampang pada hari sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kumpulan berkenaan akan mencari kereta lama yang dipakir dan tersadai di tepi jalan dijual untuk dijadikan besi buruk.

"Suspek akan menunda kenderaan dan dibawa ke kedai menjual besi buruk untuk dijual. Semakan rekod lampau mendapati dua daripada lima suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Katanya, semua suspek ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsadai-lima-ditahan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Num satu...owner jgn ckp bnyk...ko g sidainketer tepi jalan wat apa...lain kali ko sndr p jual..duot dpt kat diri bukan penyangak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg gigih sgt letak kenderaan buruk merata ni? Menyusahkan orang. Takut jadi tempat ular bersarang.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 05:45 PM | Show all posts
errm patut nya biarkan je besi buruk tu di curi, nak simpan smpai israfil hembus sangka kala ke bankai  mitsubishi galant tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 05:58 PM | Show all posts
salimrock replied at 22-6-2022 05:45 PM
errm patut nya biarkan je besi buruk tu di curi, nak simpan smpai israfil hembus sangka kala ke bank ...

Akak kurius sedikit lah adik salim rok, dalam kereta tinggal seperti itu adakah diperlakukan seperti "petisejuk" yang menyimpan "pelbagai khazanah"?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 06:08 PM | Show all posts
white_musk replied at 22-6-2022 05:58 PM
Akak kurius sedikit lah adik salim rok, dalam kereta tinggal seperti itu adakah diperlakukan seper ...

ntah la, kalo ada bankai kereta cam ni, tak berani wa nak jenguk2 tengok,

sekali tersembul ulaq , mampus ,

selagi takde benda penting dlm tu, wa tak jenguk la, kalo ada RM10 k ke, ada document rahsia kerajaan ke, wa sanggup la,

cuba tanya pemilik kreta ni, diorang berani tak selongkar bankai kereta diorang tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079347 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list