CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 1

[Dunia] Monyet belasah, bunuh bayi sebulan di Tanzania

[Copy link]
Post time 22-6-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode

INSIDEN itu berlaku di kampung Mwamgongo yang berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. – enews.com

Monyet belasah, bunuh bayi sebulan di Tanzania

DODOMA, Tanzania – Seorang bayi berusia sebulan maut dibunuh kawanan monyet di Mwamgongo, Tanzania, selepas merampas mangsa daripada ibunya, lapor laman berita Wion News semalam.

Ketika kejadian, bayi bernama Luhaiba itu sedang disusukan oleh ibunya, Shayima. Beberapa ekor monyet secara tiba-tiba menceroboh rumah mereka lalu merampas bayi lelaki itu.

Bayi malang tersebut dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan leher. Dia dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.

Dalam usaha untuk menyelamatkan Luhaiba daripada cengkaman monyet, penduduk kampung cuba menggunakan kekerasan, kata komander wilayah, James Manyama.

Haiwan-haiwan itu membelasah kanak-kanak berkenaan lalu membunuhnya, lapor akhbar Tanzania, The Citizen.

“Dia (Shayima) menjerit meminta tolong dan penduduk kampung bergegas ke rumahnya untuk membantu menyelamatkan anaknya daripada kawanan monyet.

“Apabila mereka cuba mengambilnya secara paksa, dia (Luhaiba) cedera di kepala dan leher.

“Kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. Insiden haiwan menceroboh kampung bukanlah perkara yang luar biasa,” jelas Manyama. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ebulan-di-tanzania/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah Monyet jenis mcm gambar kat atas tu ke Mmg jahat kan jenis tu Yg baik sikit yg Dusky Leaf Monkey tu. Yg muka putih badan hitam tu.
Yg brown2 ni, mmg ganas Meols penah tgk rancangan Oprah, ada satu minah ni, muka dia rabak koyak kena carik2 dgn monyet brown tu Nasib dia baik dia hidup. Tapi muka dia dah tak rupa orang lah Walaupun dah buat surgery bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.536859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list