CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 1

[Sarawak] Mayat Heli dijumpai hari kedua operasi pencarian

[Copy link]
Post time 23-6-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode


JUMPA...Pasukan Bomba dan Penyelamat Belaga membawa naik mayat bagi operasi mengenal pasti identiti mangsa

KAPIT: Mayat seorang lelaki dilaporkan terjatuh di sungai Ulu Naha Nyabong Bakun selasa lalu (21 Jun) telah ditemui kira-kira jam 9.40 malam, semalam.

Mayat mendiang, Heli Nyalong, 36, dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat telah dibawa ke rumah panjang sementara menunggu hari siang untuk dibawa ke Hospital Nyabau bagi tindakan lanjut.

“Identiti mayat telah disahkan oleh penduduk kampung sebelum dibawa ke rumah panjang.

“Mayat dijangka akan dibawa berangkat dari lokasi ke jeti Bakun hari ini pada jam 6.30 pagi untuk dihantar ke Hospital Nyabau bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai akibat terlanggar batang pokok.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 3.15 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Belaga.

Operasi pencarian mangsa yang turut melibatkan agensi bomba dan penduduk kampung tamat sepenuhnya pada jam 11.35 malam hari kedua operasi.


sarawakvoice.com/2022/06/23
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 01:59 AM | Show all posts
baca dari tajuk ingatkan helikopter jatuh...rupanya nm orang.....btw takziah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046192 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list