View: 1608|Reply: 15
|
[Tempatan]
Atas nama Islam | Pengerusi surau bongkar penipuan "tabung derma".
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 25-6-2022 09:02 AM
Kuala Lumpur: Diletakkan di kaunter bayaran premis perniagaan termasuk restoran mamak, kewujudan pelbagai jenis tabung derma mengundang persoalan mengenai kesahihan statusnya.
Disediakan dalam pelbagai saiz, tabung derma terbabit didakwa diletakkan di situ oleh pusat pengajian, maahad tahfiz, masjid, rumah kebajikan serta kompleks pendidikan Islam termasuk di selatan Thailand yang mencari dana bagi menyara kos operasi mereka.

Dengan purata dua tabung di setiap restoran, pemilik tabung dikatakan menerima anggaran sumbangan antara RM200 hingga RM300 sebulan.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tabung berkenaan diletakkan di kaunter bayaran di semua lebih 10,000 restoran milik ahlinya.
Katanya, ketika mahu meletakkan tabung di restoran, individu terbabit ada yang menunjukkan dokumen sokongan seperti kebenaran dari jabatan agama Islam negeri, surat pejabat mufti luar negara dan surat lain yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
"Pemilik restoran bersetuju untuk meletakkan tabung itu bagi memudahkan orang ramai menderma namun isunya adalah benarkah semua tabung berkenaan mendapat kebenaran pihak berkuasa.
"Sebelum ini, saya pernah didatangi seseorang yang ingin menukarkan tabung sedia ada dengan tabung yang lebih kecil. Kebetulan saya nampak pelekat surau pada tabung yang dibawa dan kenal pengerusinya.
"Bila disemak, pengerusi berkenaan mengakui pihaknya tidak pernah meletakkan tabung surau di mana-mana restoran untuk meminta sumbangan orang ramai," katanya kepada Harian Metro.
Jawahar Ali berkata, setiap satu atau dua bulan, ada individu tertentu datang membuat kutipan tabung berkenaan di restoran milik ahli Presma, namun ada juga yang membiarkannya di situ sahaja tanpa membuat kutipan.
Katanya, pihaknya meminta jabatan agama Islam negeri untuk menguatkuasakan peraturan mengenai kebenaran meletakkan tabung bagi mengelak berlaku penipuan.
Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan fitnah kepada pemilik restoran kerana tabung berkenaan diletakkan di bawah pengawasan pengurusan mereka.
"Bersedekah adalah amalan yang baik. Usaha untuk meletakkan tabung ini juga murni, tetapi perlu diperincikan bagaimana caranya.
"Mungkin perlu tabung khusus disediakan jabatan agama yang diberikan kepada individu mendaftar secara sah untuk diletakkan di premis perniagaan," katanya.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) Bazeer Ahmad berkata, pihaknya turut berdepan situasi sama apabila didatangi pihak tertentu yang mahu meletakkan tabung kebajikan.
Katanya, tabung berkenaan yang diletakkan hampir di semua kedai runcit ahlinya adalah dari maahad tahfiz, rumah anak yatim, masjid dan surau yang dikatakan memerlukan bantuan kewangan daripada orang ramai.
Menurutnya, pihaknya akan bertanyakan kepada individu yang membawa tabung itu terlebih dahulu dan membuat semakan menerusi butiran yang diberi sebelum membenarkan tabung diletakkan di situ untuk satu tempoh tertentu.
"Biasanya tabung diletakkan di sini selama satu atau dua bulan. Selepas itu, mereka akan datang untuk mengambilnya semula.
"Ada yang terus tinggal tabung di kaunter itu dan ada yang tidak. Setakat ini hampir semua kedai runcit milik ahli Mawar ada tabung ini. Ada yang sampai lima hingga enam tabung," katanya.
Bazeer berkata, perlu keseragaman daripada segi kaedah kutipan dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung elemen penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
'Derma melalui saluran yang betul'
Katanya, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan jika sabit kesalahan, individu atau kumpulan dan organisasi terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kombinasi kedua-duanya di bawah Seksyen 84 (5) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (APUI) 1993 (Akta 505).
Beliau menasihatkan semua pihak agar mematuhi syarat yang ditetapkan dan perlu mendapat kebenaran dari Jawi serta MAIWP dalam urusan pungutan khairat.
Katanya, pihaknya juga berharap masyarakat menyalurkan maklumat dengan membuat aduan rasmi kepada Jawi supaya dapat bersama-sama membanteras aktiviti yang boleh mencemarkan imej dan kesucian Islam.
Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sangsi dengan tabung2 dekat kaunter kedai2 makan tu. Apa betol sumbangan tu diberi pada orang susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Malaysia memang gullible. Baiklah sedekah pada sumber soheh. Tu pasai laa ramai terjebak dengan scammer ala-ala pakman telo |
|
|
|
|
|
|
|
JK surau pun buka boleh harap sangat  |
|
|
|
|
|
|
|
payah ah. benda cash. dah siap bilang guna dulu sikit. selebihnya masuk bank. tak buat rekod pun. yg guna dulu tu tak bayar balik pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la sedekah dekat family terdekat pastu cari dulu kawasan kampung/ perumahan masing2 kalau ada yang susah hulurkan dulu. Daripada bagi kat tabung tak tentu hala tujuan last2 masuk pocket sendiri. 30% tu dah tentu2 makan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni macam macam cara jual agama.
Badal haji, korban luar negara, sedekah daging korban..
ada yang percaya buat korban kat mekah lagi berkat , padahal buat korban kat tempat sendiri lah yang paling afdal. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama akak tahu bende ni.sbb tu akak tak penah derma kat tabung2 mcm ni kt restoran sume tu
Akak berhati hitam selalu syak yg tokey restoran tu yg akan kaut duit derma dlm tabung tu |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 25-6-2022 09:15 PM
sekarang ni macam macam cara jual agama.
Badal haji, korban luar negara, sedekah daging korban..
Korban kat luar negara tu pun aku x percaya gak
Kemain lg negara kemboja la,aprika la
Ntah betul ke ntah tidak tu
Sapa2 pun bleh claim mcm2 kan sbb none of us nak pi buat on site due diligence pun..betul ke ada binatang korban yg dibuat kat sana guna duit yg kita dh bagi tu
Ntah2 masuk poket organizer
Tp meleis ni kalo kene tipu pun, depa redha je
And ayat biasa depa 'biarlah Tuhan bayar cash kt deme'
Meleis mmg mudah redho bila kene tipu
Better buat korban kt tmpt sendiri,nmpk lembu/kambing tu depan mata kita sendiri dan sah la ia disembelih depan mata kita sendiri.lagi puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
aku biasa bagi kat satu kedai makan ni.....'
sumbangan utk surau kitorang jugak,,,
owner kedai tu mmg AJK Surau tu....
yg lain2 ntah mana lokasi ntah wujud ntah tidak tu sori lah... |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu banyak derma.Jakim buat tak tahu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis agama Islam n jakim kt msia ni sume keje goyang telur je kt office..ape pun xde..pastu hujung minggu leka bceramah side income..
Jilaka masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahla ada audit dok puak ni
Sbb tu klu jumpa atau ada org susah kita bg terus ke dia.. xyahla melalui pihak lain |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu baik tolong anjing dgn kucing jalanan jah. dah tentu tak reti amik kesempatan mcm bewak2 bermuka manusia! |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang tak perlu dah tabung mcm tu. Derma pakai TNG ewallet pun boleh, dan ia lebih dipercayai. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun rasa serba salah dgn pandangan ahli jkkk surau pandang kita pandangan mintak sumbangan itu ini rasa bersalah plak ptutnya mereka pandang kita yg byk beban adalah pandangan utk membantu bukan sebaliknya.:speseli ajk sorg tu eee nyampah betul asik terjumpa dia kt depan parking |
|
|
|
|
|
|
| |
|