CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Terengganu] Lebih besar daripada Viva

[Copy link]
Post time 25-6-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

LEMBU jantan yang dipanggil King menarik perhatian ramai apabila gambarnya bersama kereta Perodua Viva menjadi tular.

Kuala Terengganu: "Saya beli lembu itu dengan harga RM18,500 pada 2020 ketika berusia setahun," kata Mohd Yusoff Mohamad.

Mohd Yusoff, 32, dari Kampung Banggol Katong ialah pemilik lembu baka limosin seberat 1,400 kilogram (kg) atau satu tan 400 kilogram yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Lembu jantan yang dipanggil King itu menarik perhatian ramai apabila gambarnya bersama kereta Perodua Viva menjadi tular.

Foto itu memaparkan lembu baka limosin berusia empat tahun itu lebih besar berbanding Produa Viva.

Katanya, dia bergiat dalam bidang penternakan lembu sejak lima tahu lalu.

"Sebelum ini saya bela lembu kampung atau baka Kedah Kelantan (KK) saja.

"Tetapi, sejak tiga tahun lalu saya beralih kepada lembu baka atau sado itu kerana ia lebih menguntungkan.

"Sebelum ini saya pernah membeli lembu baka berharga RM12,000 dan RM13,000, tetapi lembu itu dijual semula selepas beberapa bulan," katanya.



YUSOFF bersama lembu limosin miliknya. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Tambahnya, lembu limosin itu paling disayangi sehingga membelanya selama tiga tahun.

"Ramai penternak mahu beli lembu itu. Terkini, pada tahun lalu ada yang tawar harga RM24,000, tetapi saya enggan menjualnya.

"Saya membelanya terlalu lama menyebabkan sayang untuk menjualnya.

"Bagaimanapun, adat membela lembu, sayang macam mana sekalipun pada akhirnya ia dijual juga sekiranya harga ditawarkan bersesuaian," katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman penternak lain, lembu baka limosin itu boleh membesar dan mencapai berat sehingga 1 tan 800 kg sekiranya dijaga dengan baik.

"Saya terus membelanya dan ingin melihat saiz yang boleh dicapai pada masa akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... besar-daripada-viva
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.843248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list