View: 387|Reply: 0
|
[Kelantan]
Polis Kelantan tahan 240 individu dalam Ops Tapis Khas
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/ketum_1656218937.jpg)
Muhamad Zaki memeriksa rampasan daun ketum hasil pemeriksaan belakang lori yang ditutup kanvas pada sidang media di IPK Kelantan. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan 240 individu menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan dalam tempoh seminggu bermula Isnin lalu hingga hari ini.
Hasil operasi berkenaan turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 700 kilogram (kg) daun ketum dengan nilai keseluruhan hampir RM100,000.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamamd Zaki Harun, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya mengenal pasti lokasi aktiviti dadah dalam usaha membanteras tokan dadah.
Katanya, satu daripada serbuan dilakukan membabitkan rampasan daun ketum di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, pagi kelmarin.
"Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di muatan belakang lori yang ditutup kanvas berjaya menemui bungkusan plastik hitam didalamnya terdapat 70 bungkusan daun hijau dipercayai daun ketum bernilai RM21,000.
"Kita turut menahan pemandu lori berusia 35 tahun dan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dan positif methamphetamine.
"Siasatan mendapati, bekalan daun ketum terbabit diperoleh dari Kedah dan dipercayai untuk dibawa ke Thailand," katanya.
Mengulas lanjut, Muhammad Zaki berkata, menerusi serbuan dalam tempoh seminggu itu, pihaknya turut membuat sitaan bernilai RM57,000 termasuk sebuah lori.
Beliau berkata, pihaknya akan melakukan operasi berterusan bagi melakukan pembersihan di lokasi aktiviti dadah.
"Semua suspek ditahan disiasat mengikut pelbagai seksyen termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang kegiatan dadah di negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... alam-ops-tapis-khas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|