View: 378|Reply: 0
|
[Tempatan]
'Tajuddin pusing, fobia siasatan SPRM' - Puad
[Copy link]
|
|
'Tajuddin pusing, fobia siasatan SPRM' - Puad
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/puad24_1656386718.jpg)
Datuk Dr Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR: Sidang media Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam, ibarat masuk bakul angkat sendiri kerana banyak fakta diputar belit, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,
Mohd Puad yang juga Speaker DUN Johor, mendakwa ramai yang tahu bahawa banyak pertemuan dianjurkan Tajuddin di kediamannya.
"Kenapa pusing 200 darjah? Dia fobia apabila disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai saksi hidup.
"Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Tajuddin pada sidang media khas semalam, mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan jawatan secara terhormat kerana tidak layak memimpin parti.
Tajuddin yang digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO juga mendakwa, Ahmad Zahid sebenarnya mengepalai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Mohd Puad turut menempelak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berhubung isu pendedahan yang dibuat Tajuddin.
"Suka Annuar Musa dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif 'viral dan share' (tular dan kongsi) laporan media terutamanya portal terhadap sidang media Tajuddin semalam.
"Pada Annuar itu bola tanggung untuk 'smash' UMNO. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis. Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -siasatan-sprm-puad
|
|
|
|
|
|
|
| |
|