View: 867|Reply: 8
|
Pembantu Kesihatan Habis Duit Simpanan, Duit KWSP RM37,361 Ditipu Sindiket Pekerjaan Tidak Wujud
[Copy link]
|
|
PADANG BESAR – Seorang pembantu kesihatan kerugian wang simpanan peribadi dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM37,361 setelah ditipu sindiket pekerjaan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, wanita berusia 26 tahun itu pada mulanya tertarik melihat iklan pekerjaan di Facebook.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/181730ra5mjk5xr0o7j107.png) Gambar Hiasan
Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran kerja menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat kemudiannya menghubungi individu dikenali dengan nama Agnes mendakwa dari syarikat SP eCommerce.
“Mangsa diberi penerangan untuk membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan ‘rating’ dan akan mendapat imbuhan setelah barang tersebut dijual oleh mereka.
“Wanita tersebut kemudiannya melakukan sebanyak lapan transaksi ke empat akaun bank Agnes seperti diarahkan suspek,” katanya di sini hari ini.
Tambah Mohd. Shokri, selepas tiga hari melakukan transaksi, mangsa mengesyaki bahawa dirinya diperdaya selepas tidak mendapat apa yang dijanjikan suspek sebelum bertindak membuat laporan polis petang semalam. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja makan gaji, kalu kita yg kena keluar duit memang sah la scam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 26. Macam mana KWSP boleh kena sedut? Ke yg 10K dulu tu? ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn ni cth acik gomen kene scam |
|
|
|
|
|
|
|
MO dia mcm ni...dia kena beli satu barang online katalah harga rm10. Lepas beli tu scammer akan refund ke akaun dia rm11..so sudah untung rm1 kan. Scammee umpan dia lg beli amoun kecil2 bawah rm100 dan masih bagi refund semula. Scammer akan mainkan dia ni bila amoun barang beli tu jadi ribu-ribu.. maaa ni nanti baru tersedar kena scam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap...umur 26 mcm mana mudah boleh keluarkan kwsp...bukan susah ke kita nk keluarkan |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia dh ambil skim pencen |
|
|
|
|
|
|
| |
|