CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 1

[Dunia] Vietnam di kedudukan ke-62 negara punyai kualiti hidup terbaik dunia, kata CEOWORLD

[Copy link]
Post time 29-6-2022 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Vietnam di kedudukan ke-62 negara punyai kualiti hidup terbaik dunia, kata CEOWORLDBernama -

June 27, 2022 5:57 PM


Vietnam menduduki tempat ke-62 daripada 165 negara dengan melonjak hebat berbanding kedudukan ke-101, pada 2020. (Gambar AP)


HANOI: Vietnam melonjak ke kedudukan ke-62 dalam senarai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di dunia pada 2021, menurut laporan dikeluarkan CEOWORLD, sebuah majalah perniagaan dan perdagangan terkemuka.

Negara Asia Tenggara itu memperoleh 78.49 mata, menduduki tempat ke-62 daripada 165 negara, satu lonjakan hebat berbanding kedudukan ke-101 pada tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sementara itu, Finland dinobatkan negara dengan kualiti hidup terbaik di dunia pada 2021 dengan memperoleh 99.06 mata, manakala Denmark dan Norway di tempat kedua dan ketiga masing-masing merekodkan 98.13 mata dan 96.75 mata.

Jepun menduduki tempat pertama dalam kalangan negara Asia, manakala Singapura mengungguli kedudukan di rantau Asia Tenggara.

Sebanyak 165 negara itu dipilih berdasarkan hasil sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) paling tinggi di dunia.
Lebih 258,000 responden di seluruh dunia diminta menilai negara berdasarkan kriteria antara lain termasuk kestabilan, ketelusan dan kesaksamaan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Vietkong. Dari segi pendidikan pun, meka dah berzaman mendahului tanahair ko ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list