CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 2

[Dunia] Sri Lanka henti jualan petrol

[Copy link]
Post time 29-6-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Orang ramai beratur di sebuah stesen minyak yang ditutup di Colombo, kelmarin. – AFP

Sri Lanka henti jualan petrol

COLOMBO – Kerajaan Sri Lanka mengumumkan pembekuan jualan petrol me­lainkan untuk perkhidmatan penting bermula kelmarin dan turut mengarahkan sebahagian besar stesen minyak ditutup.

Tindakan drastik itu dilaksanakan ketika krisis ekonomi Sri Lanka semakin meruncing. Negara Asia Selatan itu berdepan kegawatan ekonomi paling buruk sejak kemerdekaannya pada tahun 1948. Colombo juga gagal membiayai import bahan-bahan utama sejak tahun lalu.

Ketika rizab bahan api semakin berkurang dan hanya mencukupi untuk sehari sahaja lagi, jurucakap kerajaan, Bandula Gunawardana berkata, larangan penjualan oleh kerajaan bertujuan untuk menjimatkan petrol dan diesel bagi kegunaan kecemasan.

Beliau meminta sektor swasta untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah berikutan pengangkutan awam di Sri Lanka turut diarah menghentikan operasi.

“Bermula dari tengah malam ini (kelmarin), minyak petrol dan diesel tidak akan dijual kecuali untuk perkhidmatan penting seperti sektor kesihatan kerana kita perlu menjimatkan rizab yang ada,” kata Bandula.

Beliau turut memohon maaf kepada pengguna atas kekurangan bekalan bahan api yang berlaku.

“Kami amat menyesali atas semua kesulitan yang menimpa rakyat,” katanya.

Minggu lalu, Sri Lanka membuat keputusan untuk menutup kebanyakan sekolah kerajaan, manakala pejabat awam pula  beroperasi dengan jumlah kakitangan minimum.

Bagaimanapun, berikutan situasi kekurangan bekalan bahan api dijangka berterusan, arahan tersebut dilanjutkan sehingga 10 Julai ini. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... enti-jualan-petrol/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 11:58 AM | Show all posts
naik beskal je chuols
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
LTTE pujaan acik leluhur forum tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.041983 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list