View: 369|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pengusaha ternakan ruminan dapat RM100
[Copy link]
|
|
Dr Azman (kiri) melihat peserta melakukan gubahan menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran sempena HPPN peringkat negeri di Dataran Pekan Jabi, Besut, kelmarin. - Foto BAHAROM BAKAR.
KUALA TERENGGANU: Seramai 1,000 penternak ruminan tradisional dan berskala kecil akan menerima bantuan insentif sebanyak RM100 seorang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata bantuan itu diluluskan sebagai penghargaan kerajaan kepada penternak yang terus cekal membekalkan daging kepada rakyat walaupun berlaku kenaikan harga makanan ternakan.
Katanya, bantuan berjumlah RM100 setiap penternak itu antara usaha dan keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan bebanan golongan berkenaan menjelaskan bayaran permit untuk menyembelih ternakan di luar rumah sembelih sempena Aidiladha bulan depan.
"Kerajaan negeri perlu melaksanakan undang-undang dan peraturan termasuk mengenakan fi bayaran sebanyak RM35 bagi kebenaran sembelih luar daripada rumah sembelihan yang diwartakan mengikut Seksyen 82, Akta Binatang 1953 [Akta 647) (Penetapan Pusat Veterinar dan Fi bagi Perkhidmatan Lain.
"Peraturan fi bayaran yang dilaksanakan sejak 2009 bukan hanya membabitkan di negeri ini, malah di seluruh negara, tetapi tidak dikuatkuasakan kerajaan selepas mengambil kira situasi dilalui rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu," katanya.
Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) 2022 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Pekan Jabi, Besut.
Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, kerajaan negeri prihatin diatas rungutan disuarakan penternak, terutama isu kutipan fi Prosedur Permohonan Pindah atau Sembelihan Luar daripada Rumah Sembelih seperti ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk ternakan bagi tujuan korban atau aqiqah.
Beliau berkata, kerajaan negeri perlu melaksanakan undang-undang serta peraturan termasuk mengenakan peraturan kutipan fi sebanyak RM 35 bagi kebenaran dan permit kerana peraturan itu bertujuan memastikan ternakan yang disembelih bebas daripada penyakit serta menjamin keselamatan daging sembelihan.
"Bantuan berkenaan boleh diistilah sebagai duit raya Aidiladha untuk semua penternak kerana fi bayaran hanya dikenakan RM35, tetapi kerajaan negeri pulangkan semula sebanyak RM100," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ruminan-dapat-rm100 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|