CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 5

[Tempatan] Kari ‘berlauk’ mata kail, peniaga beri 60 sen diskaun

[Copy link]
Post time 29-6-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Kari ‘berlauk’ mata kail, peniaga beri 60 sen diskaun

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... eri-60-sen-diskaun/

Oleh KOSMO!
29 Jun 2022, 11:38 am


Seorang pelanggan berdepan detik cemas apabila dia menemui mata kail dalam hidangan kari yang dipesan dan diberikan diskaun 60 sen berhubung kejadian tersebut

PETALING JAYA – Seorang pelanggan wanita berdepan detik cemas apabila dia menemui mata kail dalam hidangan kari yang dipesan di salah sebuah restoran di ibu kota.

Menerusi hantaran yang dikongsikan pelanggan tersebut di Facebook baru-baru ini, dia turut meluahkan rasa lega kerana tidak berlaku apa-apa kemalangan mahupun kecederaan kepada ahli keluarganya semasa menikmati hidangan tersebut.

Bagaimanapun, dimaklumkan juga wanita berkenaan telah membuat aduan kepada pengurus restoran tersebut namun pihak terbabit tidak mahu bertanggungjawab.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, selepas itu kata salah pengedar pula, nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail itu, tapi macam mana kalau hidangkan kepada pelanggan lain?,” luahnya.

Lebih terkejut, setelah didesak, akhirnya pengurus restoran terbabit tampil meminta maaf dan hanya memberikan diskaun sebanyak 60 sen kepada pelanggan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga terkejut dengan tindakan balas pihak restoran terbabit kerana kejadian tersebut berlaku kerana kecuaian mereka sendiri.

“60 sen sahaja diskaun dia bagi?, kalau tertelan tak mati pelanggan dekat restoran dia, 60 sen sahaja ke untuk nyawa manusia,” soal seorang pengguna.

“Saman sahaja pihak restoran yang tidak jaga kebersihan dan keselamatan pelanggan, kita kena berkeras biar mereka lebih jujur dalam berniaga,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Matilanak...60 Sen diskaun ...vavi betul..kalau iols dah garit2 Mata kail ttu kat Muka tokey
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoren cina ke?


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Deep fried pork belly tu guna perut bulat ke? Rasa macamana?


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:08 PM | Show all posts
bongok

kalo foc pun boleh je

takde la viral kedai ko macam skrg
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin tokey restoran indirectly nk bagitau ikan dia mmg fresh pancing laut bkn bela kolam punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 1.091181 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list