View: 810|Reply: 9
|
Cabut Gigi Sendiri Guna Playar, Susah Benar Nak Dapat Temujanji Doktor Kerajaan
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang pesakit di Britain nekad menggunakan playar untuk mencabut sendiri giginya selepas sukar mendapatkan janji temu rawatan gigi daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangaan (NHS), lapor akhbar Mirror UK.
Jamie Ellison, 49, mencabut sendiri giginya setelah gagal mendapatkan khidmat doktor gigi NHS selama 15 tahun.
“Saya tidak akan mengesyorkannya. Saya melakukannya kerana terdesak. Saya gagal untuk berjumpa doktor gigi (kerajaan) selama kira-kira 15 tahun,” kata Ellison yang berasal dari bandar Yorkshire Barat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/104343q1ggzddvw6vwdcce.png) Foto: Getty Images
Seorang jururawat sambilan yang dikenali sebagai Nicola memberitahu, dia juga tidak berjaya mendapatkan janji temu doktor gigi NHS untuk merawat gigi patah.
“Saya terpaksa membeli playar dan cuba mencabut gigi saya sendiri,” katanya kepada akhbar Mirror.
Namun, keadaan Nicola bertambah teruk, menyebabkan dia terpaksa berjumpa doktor gigi swasta dan dikenakan bayaran £650 (RM3,509).
Seorang lagi pesakit bernama Hannah Whelan yang berkerja di NHS memaklumkan bahawa dia juga tidak berjaya mendapatkan janji temu rawatan gigi.
“Saya pernah menggunakan gam kuat pada gigi geraham yang sakit dan mengambil ubat parasetamol. Saya hanya berjaya mendapatkan rawatan selepas pengsan di tempat kerja akibat kesakitan,” katanya.
Menurut akhbar berkenaan, kira-kira 3,000 doktor gigi berhijrah ke luar negara sejak Britain melaksanakan sekatan pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Ramai doktor gigi turut menyatakan bahawa mereka menerima bayaran yang tidak setimpal semasa bekerja dengan NHS.
Data yang diterbitkan di bawah undang-undang Kebebasan Maklumat itu menunjukkan terdapat 2.3 juta janji temu pergigian NHS di England pada April lalu.
Bilangan itu menurun berbanding 2.9 juta janji temu pada Mac 2022 dan berkurangan berbanding angka purata semasa sebelum pandemik Covid-19 iaitu sebanyak 3.5 juta janji temu. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Mak.aih
Kawan iols dpt appt doc gigi gomen 3 bulan dah meroyan wei..sakit tak tertanggung..
Last2 pegi klinik.swasta..gigi geraham.kena cabut n jahit plak
Kenaa rm1k.. |
|
|
|
|
|
|
|
doktor gigi dia mesti dari Malaysia... pergi ke sana mintak kewarganegaraan sbb kat Malaysia dulu sejarahnya tak dapat masuk IPTA bawah UPU dan tak pernah lulus intebiu gomen bawah SPA...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
apa gigih benor bapok-gay-pedo sekor ni nk jadi kelakor dlm forum ni??? dkt reddit tkde sapa layan ko ke??? ![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
klinik kerajaan appointment kena tggu 2 bulan, mula2 mmg aku arrggghhh gile la weh
tapi bila kita continue dgn next appointment, benda tu akan jadik lumrah
so sepanjang tahun ni aku da buat scalling yg berharga 2 rgt, tampalan 2 kali 4 rgt , cabut je belum ... alhamdulillah
save duit ratus2 ke swasta, plus service kjaan pun tip top
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aih. lama tu appointment dia ![](static/image/smiley/default/funk.gif)
aku dah dua gigi geraham bongsu cabut kat klinik gomen
hari selasa pegi, dapat appointment cabut hari jumaat tu (sebab appointment hanya Rabu & Jumaat sahaja)
abang aku pegi time dia sakit gigi. time tu jugak doktor suruh cabut on the spot
Isnin ni nak pegi la checkup, lama tak gi check gigi ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak guna cengkih masa sakit tu
kena sakit gigi ni mmg seksa nak tidur pun tak blh |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 1-7-2022 11:56 PM
mak aih. lama tu appointment dia
aku dah dua gigi geraham bongsu cabut kat klinik gomen
Haah
Klinik puchong ni ha..
Mmg ramai ...
Melainkan btol2 emergency baru dia buat cepat
Kawan iols.tu.mmg kebetulan kot masa tahun.lepas tu kan mmg appt semua lambat
Dia susah la nak bercakap kalau buat zoom ke apa..hahaah..
Doc ckp nak buat crown ke apa tah..lagi mahal katanya..terus dia kata takpe..tu nnt dolu..
Hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|