CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 2

[Tempatan] Fenomena aphelion: Tiada perubahan ketara suhu petang 4 Julai

[Copy link]
Post time 2-7-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-7-2022 03:46 AM

Fenomena aphelion: Tiada perubahan ketara suhu petang 4 Julai


SEORANG pejalan kaki terpaksa menggunakan payung berikutan cuaca panas yang melampau. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN


  • Oleh AMREE AHMAD
  • 2 Julai 2022, 6:06 pm


PUTRAJAYA: Suhu di Malaysia pada petang Isnin ini dijangka tidak banyak perubahan ketara susulanfenomena aphelion yang dapat dirasai berlaku seluruh dunia pada hari berkenaan.  

Demikian makluman dipaparkan menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai merujuk kejadian alamiah tahunan tersebut yang akan terjadi pada pukul 3.10 petang.

Berdasarkan data oleh agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air itu, suhu di Kuala Lumpur diramalkan maksimum 34 darjah Celsius manakala minimum pula 24 darjah Celsius.

Begitu juga kawasan peranginan tanah tinggi terkenal, Cameron Highlands di Pahang yang diramal mencatatkan suhu minimum 16 darjah Celsius serta maksimum 23 darjah Celsius.

Suhu purata berkenaan dianggap sebagai agak normal bagi dua destinasi tersebut dan bukan luar biasa sebagaimana yang tular diperkatakan segelintir warganet menerusi media sosial.

Ada dalam kalangan mereka itu didapati membuat ‘cerita’ pelik konon dunia bakal mengalami kejatuhan suhu paling ekstrem ketika fenomena berkenaan dengan cuaca pula amat sejuk.

Kelmarin, Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) melalui hantaran infografik dalam laman sosial rasminya menerbitkan makluman penjelasan mengenai situasi kejadian aphelion pada Isnin ini.

Ia merupakan keadaan lazim apabila orbit bumi berada pada jarak yang paling jauh daripada matahari dan kali ini kedudukannya dianggarkan dengan jarak 152,098,455 kilometer (km).

Fenomena itu kebiasaannya berlaku selang dua minggu selepas Solstis Musim Panas pada 21 Jun yang menyaksikan siang amat panjang di hemisfera utara dan sebaliknya di selatan.

“Ia berlaku setiap tahun berikutan peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbit berbentuk elips dan tidak akan beri sebarang kesan signifikan kepada penduduk di bumi,” jelas Mysa.

Jarak antara bumi dan matahari ujar agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu, sentiasa berubah kerana bentuk lengkung orbit planet ini adalah tidak sempurna bulat.

Berlawanan aphelion ialah fenomena perihelion apabila bumi berada pada kedudukan paling dekat dengan matahari dan kejadian ini sudah berlaku pada pukul 2.52 petang 4 Januari lalu.

Ketika waktu tersebut, jarak direkodkan ialah 147,105,052 km, manakala tahun depan pula, perihelion akan terjadi pukul 12.17 tengah malam 5 Januari dengan jaraknya 147,098,925 km.

Sementara itu, fenomena aphelion tahun depan diramalkan berlaku pada pukul 4.06 petang 7 Julai kelak dengan jarak antara bumi dan matahari dianggarkan sejauh 152,093,251 km. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 07:58 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-7-2022 08:03 PM

bacaan lanjut : https://www.facebook.com/mysaangkasa
Orbit Bumi mengelilingi Matahari berbentuk elips menyebabkan jarak antara Bumi dan Matahari sentiasa berubah-ubah.  Oleh itu, Bumi akan melalui titik perihelion (jarak paling dekat antara Bumi dan Matahari) dan aphelion (jarak paling jauh antara Bumi dan Matahari) sekali setiap tahun.

.
Perihelion dan aphelion berlaku disebabkan oleh orbit Bumi yang “tidak sempurna bulat” ataupun dikatakan berbentuk elips dengan nilai keeksentrikannya 0.017. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menandakan orbit elips.











.


.





Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Warganet mana la yg buat cerita pelik² tu.
Masa skolah tuang kelas geografi ke?

Asal jauh je mesti sejuk.
Asal dekat je mesti panas.
Bab faktor² lain takmo amik kira.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.421334 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list