CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 2

[Politik] PAS enggan layan dakwaan menterinya 'cap ayam'

[Copy link]
Post time 3-7-2022 09:58 PM | Show all posts |Read mode
MARANG: PAS tidak terkesan dan enggan melayan dakwaan yang melabelkan menteri daripada parti itu sebagai 'cap ayam' sehingga menjadi beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata barisan menteri daripada PAS sudah melaksanakan tugas yang diberikan mengikut portfolio masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada Perdana Menteri dan rakyat untuk membuat penilaian terhadap hasil prestasi kerja mereka.

"Saya nak tengok juga siapa Menteri PAS yang 'cap ayam' itu, bukan dia yang buat penilaian, penilaian prestasi Menteri dinilai oleh Perdana Menteri, bukan orang luar, yang tak ada kena mengena, yang ada kepentingan peribadi.

"Bagi saya, yang berhak menilai selain daripada rakyat ialah Perdana Menteri mengenai Kabinet dia dan kita pun sentiasa ada pertemuan, pelaporan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang di Dewan Sivik Merchang, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, pertemuan antara Perdana Menteri bersama menteri dan timbalan menteri juga sentiasa diadakan.

"Alhamdullilah, kita (iaitu) Menteri PAS, Timbalan Menteri, kita adakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk kita berkongsi, tukar pendapat apa yang perkara perlu kita baiki. Setakat ini, Alhamdulillah prestasi kita," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menempelak prestasi ditunjukkan Menteri Kabinet daripada PAS yang didakwa gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu dilaporkan berkata, kelemahan kepemimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Ismail Sabri dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Nur Jazlan turut menyenaraikan beberapa Menteri Kabinet daripada PAS yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab seperti yang diamanahkan kepada mereka, termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/972630/pas-enggan-layan-dakwaan-menterinya-cap-ayam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Peminat sardin Ayam Brand tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Vietnam tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.108335 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list