View: 815|Reply: 0
|
Leclerc atasi Verstappen di Spielberg
[Copy link]
|
|
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mendahului pada awal saingan F1 Grand Prix Austria dekat Red Bull Ring, Spielberg, Austria. - REUTERS
SPILEBERG, Austria: Charles Leclerc menahan asakan juara dunia, Max Verstappen untuk memenangi Grand Prix Austria dan menghidupkan kembali cabarannya dalam perebutan gelaran dunia.
Bagaimanapun harapan Ferrari untuk kedudukan 1-2 berakhir dengan insiden kebakaran.
Ketika Leclerc menamatkan tujuh perlumbaan tanpa kemenangan, rakan sepasukannya, Carlos Sainz bernasib baik selepas jenteranya terbakar berikutan mengalami masalah enjin.
Lewis Hamilton berkedudukan ketiga di depan rakan sepasukan Mercedes, George Russell bersama jentera yang memerlukan banyak pembaikkan selepas kemalangan pada kelayakan Jumaat.
Ini ialah kemenangan ketiga Leclerc tahun ini dan yang pertama buat Ferrari di Red Bull Ring sejak Michael Schumacher melakukannya pada 2003.
Selepas beberapa siri keputusan mengecewakan, Leclerc gembira dia kembali ke landasan kemenangan.
"Saya memang memerlukannya, untuk menunjukkan kami akhirnya ada kepantasan dan jentera amat menakjubkan," kata pemandu dari Monaco itu.
Verstappen tidak kecewa walaupun gagal meraih bendera kemenangan di depan 50,000 'askar orange' yang datang dari Belanda.
"Saya tidak dapat memberikan mereka kemenangan hari ini tetapi tempat kedua bukanlah terlalu teruk," kata pemandu Red Bull itu.
Verstappen masih ada jarak yang selesa dalam pungutan mata keseluruhan - mengatasi Leclerc dengan 38 mata pada separuh perlumbaan musim ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... tappen-di-spielberg |
|
|
|
|
|
|
| |
|