View: 556|Reply: 2
|
[Kelantan]
Alasan lupa tidak boleh diterima
[Copy link]
|
|
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjalankan operasi bersepadu sempena Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022 di jejambat Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian, di sini, malam tadi. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Lupa menjadi alasan paling popular digunakan pemandu di Kelantan selepas ditahan kerana lesen memandu tidak diperbaharui selepas tempoh akhir moratorium, bulan lalu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, mereka dikesan dalam operasi bersepadu sempena Hari Raya Aidiladha yang berlangsung empat hari berakhir semalam.
Katanya, pihaknya mengeluarkan 868 notis saman sepanjang tempoh itu yang antara kesalahan paling banyak adalah tidak memperbaharui lesen dan tiada lesen memandu.
"Alasan ini tidak dapat diterima kerana tempoh penangguhan sudah lama berakhir," katanya ketika ditemui ketika Op HRAA 2022 di jejambat Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian, di sini.
Operasi itu diadakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Mohd Misuari berkata, operasi membabitkan lebih 400 anggota dengan 5,432 kenderaan diperiksa dan 1,116 notis dikeluarkan.
Selain itu, 318 bas diperiksa dan 32 pemandu menjalani ujian saringan sepanjang operasi itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idak-boleh-diterima |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya tak tau duit masuk akaun saya...pastu sy pun keluarkan dan belanje..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur sempat renew bulan lepas, naya plak kalau nak kena re-sit balik driving test bagai. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|