CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

[Sabah] JBPM bakal wujudkan BBP Gunung Kinabalu, tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:25 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah dunia dengan mewujudkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gunung Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata balai terbabit bakal menjadi balai bomba rertinggi di dunia berikutan dibina di lokasi paling tinggi di dunia.

“Setakat ini proses pembinaan balai bomba berkenaan masih di peringkat dokumentasi dan beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum memulakan proses pembinaan berikutan ianya dibina di kawasan Warisan Dunia.

“Saya difahamkan peruntukan untuk membina balai bomba di kawasan Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu itu sudah tersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perbarisan Pertauliahan Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2022 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu di sini semalam.

Dalam pada itu, seramai 148 orang pegawai bomba ditauliahkan selepas tamat Sijil Sains Kebombaan siri 01/2022.

Masidi berkata BBP ini akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dan dibina pada ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut.

“Apabila siap dibina kelak, BBP ini akan memudahkan pasukan MOSAR yang kini berpusat di BBP Ranau dalam menjalankan operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/07/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.154721 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list