CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

[Sarawak] Pindah diesel disyaki diseleweng, dua lelaki ditangkap

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-7-2022 11:41 AM



Pemeriksaan dilakukan di lokasi serbuan.

KUCHING: Dua lelaki ditangkap ketika sedang melakukan pemindahan minyak diesel yang disyaki diseleweng di sebuah bangsal di Pangkalan Baru, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, satu serbuan dilakukan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) hasil maklumat dan risikan yang diperolehi.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 32 tahun semasa disiasat didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai bekalan minyak diesel tersebut.

"Semasa serbuan dilakukan, dua suspek terbabit ditangkap ketika sedang membuat pemindahan minyak diesel daripada tong plastik segiempat berwarna putih ke dalam lori tangki.

"Mereka gagal mengemukakan dokumen sah sebagai kebenaran memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mereka juga tidak memiliki permit atau kebenaran khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"PPMW5 turut membuat rampasan berupa sebuah lori, satu unit pam, 27 tong plastik dan bekalan minyak diesel kira-kira 18,700 liter.

"Jumlah anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM294,900," katanya.

Susulan itu, kedua-dua suspek bersama barang rampasan dirujuk kepada KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Berkalan 1961.

"Poliss sangat mengalu-alukan sebarang maklumat awam berkenaan penyelewengan barang terkawal seperti ini.

"Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu atau syarikat terlibat kerana perbuatan ini merugikan negara," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/07/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047058 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list