CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 0

[Terengganu] Beli diesel 3 pagi

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Petugas KPDNHEP memeriksa tangki mengandungi diesel pada sebuah lori yang ditahan. - Foto NSTP/ROSLI ILHAM

CHUKAI: Polis menahan enam lelaki bersama tiga buah lori yang dipercayai cuba menyeludup minyak diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih Kemaman, hari ini.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata semua suspek berusia 17 hingga 45 itu ditahan kira-kira jam 3 pagi oleh anggota polis yang melakukan rondaan di situ.

Katanya, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman ternampak dua buah lori diletakkan di stesen minyak terbabit, manakala sebuah lagi sedang mengisi minyak.

"Pemeriksaan mendapati suspek mengisi diesel secara berlebihan dan ketika diminta menunjukkan surat atau permit kebenaran membeli bahan api daripada pihak berkuasa, mereka gagal membuktikannya,"katanya.


Hanyan berkata, bahagian belakang sebuah lori ada empat buah tangki dengan semua tangki itu berisi diesel dianggarkan kira-kira 4,000 liter diesel.

"Siasatan pada lori kedua mendapati ada empat buah tangki dan satu dari tangki itu berisi berisi diesel dianggarkan 1,000 liter.

"Lori ketiga ada empat buah tangki kosong dipercayai sedang menunggu giliran mengisi minyak terbabit," katanya.

Katanya, pemeriksaan mendapati mereka ini menggunakan taktik dengan mengisi minyak ke dalam tangki lori sebelum minyak di dalam tangki itu dipam masuk ke dalam tangki di belakang kenderaan mereka.

"Selain enam pemandu dan kelindan lori terbabit, polis turut menahan seorang pembantu jualan stesen minyak terbabit berusia 26 tahun untuk membantu siasatan.

"Lori dan diesel dianggarkan 5,000 liter yang dirampas itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... /beli-diesel-3-pagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050978 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list