CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tiada masalah susulan pembekuan kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:14 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Peringatan HADK dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia Sarawak, di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong hari ini. - Gambar Penerangan

GEDONG: Sarawak tidak menghadapi masalah susulan keputusan kerajaan Indonesia yang membekukan sementara pekerjanya ke Malaysia, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, keputusan berkenaan tidak memberi impak besar kerana ia melibatkan pekerja pembantu rumah dan tidak menimbulkan masalah dalam bidang lain.

"Bagaimanapun, disebabkan ia merupakan dasar kebangsaan, kita di Sarawak terjejas tetapi dari sudut masalah yang bakal timbul, Sarawak tiada masalah," ujarnya ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan HADK dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia Sarawak, di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan Indonesia mengumumkan untuk menghentikan kemasukan pekerja dari negara itu ke Malaysia.

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono memaklumkan Indonesia akan membekukan sementara kemasukan semua pekerja ke Malaysia serta-merta.

Ia susulan dakwaan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) pekerja domestik antara kedua-dua negara yang ditandatangani tiga bulan lalu.

Hermono berkata, ia melibatkan pelanggaran terma dalam MoU mengenai pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 1 April.


utusanborneo.com.my/2022/07/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.180072 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list