
Pasukan bomba semasa membawa mangsa yang mengalami kecederaan turun menggunakan pengusung.CEDERA: Pasukan bomba semasa membawa mangsa yang mengalami kecederaan turun menggunakan pengusung.
TUARAN: Seorang wanita warga United Kingdom (UK) mengalami kecederaan di bahagian belakang selepas terjatuh dan tergelincir semasa mendaki bukit di Kampung Borombon Kiulu di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Abdul Qawie Abdul Gapar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.12 petang.
“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Tuaran digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera mengangkat dan membawa mangsa berumur 18 tahun turun menggunakan pengusung sejauh 400 meter,” katanya.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
utusanborneo.com.my/2022/07/16 |