CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 1

[Kelantan] Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka

[Copy link]
Post time 20-7-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sebuah kedai serbaneka di Kubang Kerian, di sini, akibat dirempuh kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita yang tertekan pedal minyak. FOTO IHSAN PEMBACA

Kota Bharu: Seorang wanita dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh sebuah kedai serbaneka pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kubang Kerian, di sini pada jam 9 pagi bagaimanapun tiada kemalangan jiwa namun menyebabkan kerosakan pintu utama dan kaunter bayaran premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebelum kejadian, pemandu wanita berusia 33 tahun itu ingin memarkir kereta jenis Perodua Myvinya di hadapan kedai serbaneka terbabit.



"Secara tiba-tiba wanita itu tertekan pedal minyak kereta dan merempuh pintu utama premis dan melanggar kaunter bayaran.

" Ketika kejadian, terdapat dua kakitangan kedai serbaneka dan seorang pelanggan namun kesemuanya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, mangsa yang bekerja sendiri itu juga tidak memiliki lesen memandu dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1958 (Rule 10 LN 166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... puh-kedai-serbaneka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 08:40 PM | Show all posts
geng kena bare sek kito dont break bath naked
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053268 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list