CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki OKU gantung diri pada kipas siling ruang tamu

[Copy link]
Post time 21-7-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Lelaki OKU gantung diri pada kipas siling ruang tamu

KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang buta sebelah matanya ditemui mati selepas menggantung diri menggunakan tali nilon pada kipas siling di ruang tamu rumahnya di Kampung Biluk, Banggu di sini semalam.

Mangsa yang berusia 33 tahun dijumpai kira-kira pukul 9 malam dan tindakan itu dipercayai terjadi selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada sistem talian kecemasan negara yang memaklumkan terdapat seorang lelaki menggantung diri.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, tiada sebarang kecederaan atau kesan pergelutan pada tubuh badan mangsa.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan rumahnya juga tidak menjumpai sebarang perkara yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Siasatan lanjut mendapati, berlaku perselisihan faham antara lelaki itu dan isterinya pada Ahad lalu. Keadaan itu menyebabkan isterinya keluar dari rumah mereka dan tinggal bersama nenek di Kampung Pengkalan Datu, Sering di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, isteri lelaki itu mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang rakan suaminya sebelum bergegas pulang dan mendapati suaminya sudah tergantung pada kipas siling di ruang tamu.

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa merupakan OKU penglihatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira tujuh tahun lalu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -siling-ruang-tamu/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list