View: 386|Reply: 0
|
[Pahang]
Perhilitan akan siasat 'YB' guna peledak untuk tangkap ikan
[Copy link]
|
|
HANTARAN yang tular di FB
Jerantut: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang Yang Berhormat (YB) menangkap ikan yang dipercayai menggunakan bahan peledak di Sungai Sepia, Ulu Tembeling, dekat sini yang tular di media sosial baru-baru ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk membuat siasatan awal.
"Pihak kami sedia maklum mengenai video tular itu dan menyerah kepada Perhilitan untuk siasatan," katanya hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial berhubung seorang Yang Berhormat menggunakan peledak untuk menangkap ikan di Sungai Sepia, Ulu Tembeling sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Kebanyakan netizen menganggap perbuatan itu tidak beretika dan bertanggungjawab.
Sementara, seorang penduduk yang enggan dikenali, turut mendakwa kejadian itu berlaku pada 16 Julai ketika dia sedang membawa sekumpulan pelancong untuk memancing di Sungai Sepia.
Menurutnya, dia mendengar letupan agak kuat sebanyak dua kali secara berselang.
"Saya mendapati bunyi letupan anggaran jarak 20 meter dan ternampak sekumpulan pemancing cuba mencucuh bahan letupan dipercayai untuk tujuan menangkap ikan.
"Saya terkejut dengan kejadian itu kerana perbuatan itu adalah tidak wajar. Saya sangat marah dan menjerit ke arah kumpulan terbabit yang dipercayai turut disertai oleh seorang Yang Berhormat," katanya yang berharap individu berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya jika benar melakukan perbuatan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -untuk-tangkap-ikan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|