CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Kelantan] Serangan gajah liar, pekebun rugi RM300,000

[Copy link]
Post time 24-7-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA pekebun melihat tanaman pisang yang dimusnahkan oleh gajah liar di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan, hari ini. - AIMUNI TUAN LAH


GUA MUSANG: Lebih 100 pekebun di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini mendakwa terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM300,000 selepas tanaman di kebun mereka kerap kali dirosakkan gajah liar sejak tiga tahun lalu.

Terbaharu, seekor gajah liar jantan didakwa kembali menceroboh dan merosakkan tanaman pisang di kebun mereka sejak bulan lalu.

Penghulunya, Nordin Mat Yusuf, 46, berkata, pada pagi dan petang semalam beberapa pekebun telah melihat dan sempat merakam video gajah berkenaan yang sedang memusnahkan tanaman pisang.

Menurutnya, setiap pekebun mempunyai 2.4 hektar tanah dan menanam dengan pelbagai tanaman seperti pisang, getah serta kelapa sawit yang diusahakan sejak lebih 30 tahun lalu.

“Masalah gajah liar di kawasan ini boleh digambar sebagai satu isu yang serius dan kami para pekebun sudah buntu memikirkan perkara tersebut.

“Malah, kami sudah tidak mampu untuk menanggung kerugian setiap kali berdepan ancaman gajah liar ini. Jadi kami berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan dengan kadar segera,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang pekebun pisang, Ismail Awang Hamad, 59, memberitahu, dalam tempoh setahun mereka terpaksa menanggung kerugian RM100,000 akibat serangan gajah liar.

Katanya, kerugian yang dialami perlu ditanggung oleh pekebun sendiri tanpa menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

“Saya mewakili peneroka di sini berharap supaya tindakan lebih agresif dapat dilakukan memandangkan kerugian besar yang perlu ditanggung petani.

“Kegiatan ekonomi pekebun di sini juga terhenti kerana takut dengan gajah yang dilihat masih berkeliaran di kawasan kebun,” ujarnya.

Zahari Daud, 52, pula berkata, ketika ini pekebun masih memantau dan mendengar nasihat daripada Perhilitan untuk tidak mengambil tindakan sendiri terhadap haiwan liar itu.

Katanya, pekebun berharap tindakan segera dapat diambil kerana sejak semalam lebih 100 pokok pisang telah dimusnahkan gajah liar itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ebun-rugi-rm300000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055114 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list