CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Pahang] Polis, Perhilitan siasat kes Adun Pahang disyaki guna bahan letupan

[Copy link]
Post time 27-7-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Yusri. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Siasatan kes terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang yang didakwa menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan di Sungai Sepia, Ulu Tembeling, Jerantut baru-baru ini, membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, PDRM akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menularkan laporan berkaitan kes terbabit di media sosial manakala siasatan kes letupan pula dijalankan oleh Perhilitan.

"Setakat ini, siasatan masih lagi dijalankan dan kami akan memanggil semua saksi kes terbabit," katanya ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.


Mohd Yusri berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang Adun negeri ini didakwa menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan di Sungai Sepia yang tular di Facebook baru-baru ini, seterusnya membangkitkan kemarahan orang ramai.

Netizen membidas perbuatan tidak beretika itu kerana menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan.

Susulan kes terbabit, seorang kontraktor mengaku melempar mercun bola dalam sungai ketika mengikuti lawatan kerja rombongan Adun Pahang di Sungai Sepia pada 15 dan 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, kontraktor berusia 44 tahun itu menafikan menggunakan bom ikan untuk menangkap ikan di sungai itu sebagaimana tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -guna-bahan-letupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.240110 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list