CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Sarawak] Muzium Negeri Sarawak dibuka kepada orang ramai dua tahun lagi

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:47 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Muzium Lama Sarawak atau Muzium Negeri Sarawak dijangka akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai dalam tempoh dua tahun lagi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dan pemulihan fizikal bangunan muzium itu telah selesai.

“Perkara lain yang perlu dilakukan sekarang adalah menyusun artifak. Kerja-kerja penyusunan itu bukan satu yang mudah kerana apa yang diletakkan di dalam muzium itu perlu diisi dengan jalan cerita. Mesti ada tulisan tertentu mengenai artifak itu,” katanya.

Beliau bekata demikian pada sidang media mengenai kadar bayaran kemasukan ke Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, justeru perkara tersebut akan mengambil sedikit masa.

Namun beliau berharap agar Jabatan Muzium Sarawak dapat membuka muzium itu lebih awal lagi.

“Malah saya telah meminta Jabatan Muzium Sarawak melaksanakannya dengan secepat mungkin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim memaklumkan satu lagi muzium baharu di Limbang akan dirasmikan pada 4 Ogos depan.


utusanborneo.com.my/2022/07/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 1.581690 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list