CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Sabah] Masjid Nurul Iman berusia lebih 40 tahun musnah terbakar

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:51 AM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di Masjid Nurul Iman di sini.

PAPAR: Masjid Nurul Iman yang dibina lebih 40 tahun lalu musnah dalam kebakaran di Sabindo di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Roslie Jun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.38 pagi sebelum menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota ke lokasi.

Katanya operasi turut dibantu pasukan Bomba dari BBP Penampang.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal jam 4.26 pagi.

“Kejadian memusnahkan sebuah masjid separuh kekal seluas 40X80 kaki persegi sebanyak 95 peratus bagaimanapun tiada kecederaan jiwa dan kemalangan direkodkan,” katanya.

Menurutnya punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 7.17 pagi.

Masjid Nurul Iman ini dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Seri Panglima Lajim Ukin pada tahun 1980 semasa beliau menjawat jawatan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri ketika itu.


utusanborneo.com.my/2022/07/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.043266 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list