CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 0

[Sarawak] Kapit miliki banyak khazanah geograf

[Copy link]
Post time 28-7-2022 09:04 AM | Show all posts |Read mode


KAPIT: Andai Tanjung Piai tersohor sebagai titik paling selatan di Semenanjung Malaysia, Kapit juga sebenarnya terselit pelbagai rahsia khazanah geografi yang mungkin belum diketahui orang ramai.

Kawasan yang menjadi penempatan rumah panjang terakhir di lokasi paling selatan sebelum garis sempadan Kalimantan ini dahulunya hanya mampu dikunjungi dengan menyusuri Sungai Baleh.

Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kini lokasi Nanga Antawau itu mempunyai jalan darat dan perjalanan menggunakan pacuan empat roda dari Kapit hanya mengambil masa kira-kira dua jam, bergantung kepada keadaan cuaca.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kembara Rakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke hulu Sungai Baleh di Kapit, baru-baru ini.

Menurut Menteri KPDNHEP itu, selari peredaran semasa dan ledakan pembangunan, lima rumah panjang di Nanga Antawau yang menjadi tempat teduh 500 keluarga yang masih utuh sejak 1922 telah menjadi lokasi penganjuran program selama dua hari itu.

“Membuka tirai pada Jumaat lalu, pelbagai aktiviti yang disusun ternyata berjaya menambat perhatian dalam kalangan penduduk apabila setiap pengisian program berlangsung dengan penuh meriah.

“Jika ditelusuri, nanga dalam bahasa Iban bermaksud simpang dan kawasan dilatari Banjaran Kapuas Hulu, yang memisahkan Sarawak-Indonesia ini membungkam kisah panjang, terkait dengan perjanjian antara temenggong Iban pertama, Temenggong Koh Anak Jubang serta Rajah Vyner Brooke,” ujarnya.

Tambahnya, antara aktiviti yang dianjurkan ialah Ceramah Pengguna Bijak Berani Bertindak, Kelestarian Alam Sekitar dan Kempen ‘Tak Nak Scam’.

Malah, penduduk merangkumi pelbagai lapisan umur didedahkan dengan lapan hak pengguna, jenis-jenis penipuan dan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Turut berlangsung adalah kuiz kepenggunaan, ceramah dan pameran kesihatan, pertandingan mewarna serta pertandingan memasak menu sihat untuk penduduk rumah panjang.

Selepas dua hari berkampung, Kembara Rakan KPDNHEP yang dijayakan secara bersama oleh Pejabat Daerah Bukit Mabong, Pejabat Kesihatan Daerah Kapit dan Persatuan Kebajikan Nanga Antawau, Kapit, memahat kenangan tersendiri.

Program sebegini akan dipergiatkan dari semasa ke semasa, selain diperkasa dengan pengisian yang berupaya memberi pendedahan kepada segenap pengguna, sama ada di bandar, pinggir bandar dan pedalaman.


sarawakvoice.com/2022/07/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list