View: 405|Reply: 0
|
[Terengganu]
Arahan pakai pelitup muka di masjid, surau masih berkuat kuasa
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Pemakaian pelitup muka ketika berada dalam masjid dan surau di negeri ini masih diwajibkan.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, garis panduan dikeluarkan pada Mac lalu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), terutama pemakaian pelitup muka masih berkuat kuasa.
Katanya, pemantauan mendapati segelintir jemaah gagal mematuhi garis panduan berkenaan ketika berada dalam masjid dan surau.
"Jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri diminta memastikan jemaah yang hadir mematuhi SOP dikeluarkan. Mereka boleh merujuk SOP dikeluarkan MAIDAM pada 20 Mac lalu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Berdasarkan pekeliling ditandatangani Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Sheikh Harun Ismail, semua pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau hendaklah mematuhi SOP ditetapkan, terutama pemakaian pelitup muka yang diwajibkan.
M Rozi berkata, pekeliling itu sudah lama diedarkan kepada semua Pegawai Agama Daerah (PAD) untuk dipanjangkan kepada jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri dan ia kekal berkuat kuasa kerana Terengganu belum bebas sepenuhnya daripada COVID-19.
"Pemakaian pelitup muka di semua masjid dan surau dalam fasa peralihan ke endemik masih diwajibkan. Semua jemaah diminta mematuhi peraturan bagi mengelak penularan semula COVID-19," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... masih-berkuat-kuasa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|