|
SHAIKH Hilman Hakim Shaikh Anuar yang disyaki membakar seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
KEMAMAN: Seorang penganggur yang disyaki suspek utama kes bakar remaja berusia 15 tahun hingga melecur pada Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar, 28, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan api ke atas Muhammad Fiqrie Adam Abdullah, pada pukul 3 pagi di simpang empat Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini pada 22 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurhanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Farhana Shamsudin.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini sebagai tarikh penetapan jaminan dan kes dibawa ke Mahkamah Sesyen.
https://www.utusan.com.my/nasion ... tuduh-bakar-remaja/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|