CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

[Sabah] Perbezaan agama bukan penghalang penyatuan ummah

[Copy link]
Post time 31-7-2022 09:46 AM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Juhar (tiga kanan) bersama Isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni (dua kanan) dan Hajiji (kiri) berdiri ketika lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku berkumandang.

KOTA KINABALU: Perbezaan agama tidak menghalang penyatuan ummah masyarakat berbilang kaum negeri ini.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, pengamalan konsep hijrah yang berpaksikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW mampu membina hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan yang utuh.

"Ingatlah peristiwa hijrah yang berjaya menjalin hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan biarpun berlainan budaya dan keturunan tetapi bertunjangkan Islam dan kasih sayang.

"Penerapan nilai-nilai murni, kebersamaan, berkasih sayang dan saling menghormati sesama sendiri mampu membina kekeluargaan dan sifat kemanusiaan yang utuh.

"Semoga dengan ketibaan tahun baru ini, memberi iltizam pemangkin dalam usaha mengukuhkan penyatuan ummah sesama masyarakat Islam mahupun masyarakat berbilang bangsa di negeri ini berpaksi atas penghayatan dan pengamalan konsep hijrah dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Selaras dengan aspirasi itu, usaha yang konsisten dalam menerapkan kekeluargaan dalam pembinaan masyarakat yang rahmah terhadap seluruh lapisan masyarakat perlu menjadi agenda utama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca perutusan perasmian sempena Hari Ma'al Hijrah 1444H/2022M Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah, Wisma Muis, hari ini.

Selain itu, Juhar turut menyeru masyarakat bersatu dalam keluarga Malaysia selaras dengan tema sambutan hari Ma'al Hijrah bagi tahun ini.

"Saya menyeru kepada sekalian rakyat negeri ini untuk mempertahankan amalan hidup bermuafakat dan bersatu padu sebagai sebuah keluarga Malaysia, selaras dengan tema sambutan Ma'al Hijrah tahun ini iaitu iaitu 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran'.

"Semoga dengan kehadiran tahun baru Hijrah 1444H ini akan menjadikan kita ummah yang unggul dan bersiap siaga menghadapi cabaran yang semakin mencabar pada masa akan datang seterusnya masih dalam naungan rahmah dan hidayat Rabbul 'Alamin menuju ke kehidupan yang lebih diredhaiNya," katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas selaku Pengerusi Penganjur Sambutan Ma'al Hijrah 1443H Datuk Dr. Arifin Mohd Arif, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Kadzim M Yahya dan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/07/30/perbezaan-agama-bukan-penghalang-penyatuan-ummah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062889 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list