CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

[Sabah] Dua pemandu lori parah dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 31-7-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode


REMUK: Kedua-dua lori berkenaan remuk di bahagian depan selepas bertembung.

KUNAK: Dua lelaki mengalami kecederaan parah selepas lori 10 tan yang mereka pandu bertembung di Jalan Madai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kedua-dua pemandu berkenaan berjaya dikeluarkan selepas tersepit di lori masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati dua lori 10 tan bertembung dan masing-masing pemandunya masih berada di dalam lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua pemandu terbabit berjaya dikeluarkan dari lori berkenaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kunak menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kemalangan selamat untuk pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Mohammad berkata operasi berjaya ditamatkan pada jam 12.46 tengah hari dan kes diserahkan kepada pihak polis.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/07/29/dua-pemandu-lori-parah-dalam-kemalangan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.303225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list