View: 794|Reply: 1
|
[Kelantan]
Dakwaan RM45,000 hilang dalam serbuan, 3 polis ditahan
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan susulan dakwaan kehilangan wang tunai sebanyak RM45,000 ketika serbuan ke atas di sebuah rumah di Pasir Kelang Baru, Kuala Krai dekat sini, Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamaad Zaki Harun berkata semua yang bertugas di IPD Kuala Krai itu ditahan jam 9 malam Jumaat lalu di daerah berkenaan.
"Pada Rabu lalu, mereka melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang dan hasil serbuan terbabit seorang pemuda berusia 29 tahun ditahan dan turut merampas 1,000 biji pil yaba.
"Bagaimanapun, pada keesokannya, ibu kepada suspek yang ditahan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krai dengan mendakwa pegawai dan dua anggota terbabit turut mengambil wang tunai miliknya berjumlah RM45,000.
"Susulan laporan diterima, pihaknya membuat tangkapan terhadap pegawai dan dua anggota terbabit untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, kesemua mereka ditahan reman selama empat hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Saya ingin jelaskan bahawa serbuan, tangkapan dan rampasan membabitkan pil yaba adalah benar dilakukan oleh pegawai dan anggota, namun disebabkan terdapat laporan mengatakan kehilangan wang terbabit, kita perlu menyiasat secara terperinci.
"Segala dakwaan termasuk kehilangan wang serta dakwaan pegawai dan anggota meminta anak kunci untuk menggeledah almari akan disiasat secara lanjut," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak sesekali menyembunyikan kejadian membabitkan pegawai dan anggotanya, sebaliknya siasatan secara telus akan dilakukan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uan-3-polis-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
...............................kantoi masuk poket |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|