|
Kuala Terengganu: Dua banduan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan mereka dengan memukulnya sehingga cedera pada kepala dan anggota badan.
Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Adura Mustaffa, 40, dan Azizul Danial Muhammad, 36, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama menyebabkan kematian Hamiddi Kamaruddin, 48, di sebuah bilik di Penjara Marang, Marang, pada 2 petang 21 Ogos tahun lalu.
Mereka yang didakwa mengikut Seksyen Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan bersalah mereka direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bermula daripada tarikh sabitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din dan Mohd Alif Farhan Hassan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Nik Mohd Radhia Nik Abd Ghani
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris sebelum ini dilaporkan berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri ketika dikejutkan anggota bertugas dibawa ke Klinik Penjara Marang sebelum dipindahkan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.
Anggota yang bertugas sebelum itu dimaklumkan mangsa terjatuh di dalam bilik air namun pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan termasuk di kepala kanan dan badan.
Siasatan polis kemudiannya mendapati mangsa dipukul dua suspek menggunakan tangan dan disahkan meninggal dunia di HSNZ Kuala Terengganu pada 2.43 petang 26 Ogos tahun lalu.
Ketika ini, kedua-dua tertuduh sedang menjalani hukuman penjara kerana penyalahgunaan dadah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bkan-kematian-rakan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|