CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak perlu terus tuntut semula autonomi pendidikan

[Copy link]
Post time 3-8-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-8-2022 06:28 AM



MIRI: Kerajaan Sarawak perlu terus menuntut semula autonomi pendidikan berikutan komitmennya bagi melabur demi masa depan anak-anak di negeri ini.


Bekas Datuk Bandar Miri Datuk Lawrence Lai percaya dengan memperoleh autonomi dalam pendidikan, ia akan menjadi peluang baik untuk Sarawak membina universiti sains dan teknologinya sendiri.

“Sains dan teknologi adalah cara maju ke depan pada masa depan, oleh sebab itu Sarawak kini meneroka pendapatan lain melalui pendekatan ekonomi hijau baharu.

“Justeru, kita perlu mempunyai universiti sains dan teknologi sendiri agar anak-anak Sarawak tidak perlu melanjutkan pelajaran ke luar negara,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

Lai yang juga seorang peguam, optimis dengan memiliki universiti berkenaan Sarawak mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berasaskan teknologi dan berkemahiran.

Ujarnya, ia turut selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju melalui pembangunan teknologi dan sains moden.

Malah Lai yakin, memandangkan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi tambahan Sarawak selain bahasa Malaysia, tiada masalah bagi Sarawak untuk mempertingkat pendidikan sains dan teknologi menerusi bahasa tersebut.

“Untuk mengakses teknologi dan pengetahun sains di dunia, bahasa Inggeris adalah sangat penting.

“Jadi Sarawak tidak mempunyai masalah menggunakan bahasa Inggeris memandangkan ia (bahasa Inggeris) turut diutamakan dalam pentadbiran dan komunikasi kita di sini,” tambahnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/03/kerajaan-sarawak-perlu-terus-tuntut-semula-autonomi-pendidikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 1.024344 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list