Edited by Vellfire at 3-8-2022 06:34 AM

SIBU: Teruja dilayan mesra seorang ejen wanita bersuara manis ketika hendak membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) melalui sosial media membawa padah kepada seorang lelaki yang akhirnya mengalami kerugian RM48,340.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kejadian itu berlaku apabila pengadu, 25, berurusan dengan ejen wanita dikenali sebagai 'Miss Lee' selepas tertarik dengan iklan jual beli sebuah SUV di Facebook pada 27 Julai lalu.
"Pengadu telah diminta untuk membuat beberapa bayaran bagi tujuan pendaftaran, cukai jalan dan juga bayaran pelepasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan keseluruhan pembayaran berjumlah RM48,340," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Pengadu mula curiga apabila ejen terbabit tidak putus-putus meminta pelbagai pembayaran bagi memenuhi syarat pembelian.
"Walaupun pengadu telah membuat sebanyak lapan kali pembayaran melalui melalui perbankan Internet, suspek masih lagi memintanya untuk membuat pembayaran.
"Akhirnya mangsa mengesyaki diri ditipu dan bertindak membuat laporan polis pada 1 Ogos lalu," katanya.
Tambah Zulkipli, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/02/terbuai-layanan-mesra-lelaki-kerugian-hampir-rm50000 |