
KUCHING: Datu Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai niat murni rakan-rakan beliau untuk memasangkan iklan dalam akhbar sempena hari jadi beliau ke-73 esok.
Namun, menurut Pejabat Premier Sarawak, beliau tidak mahu rakan-rakan dan orang ramai berbelanja untuk iklan sedemikian.
Jelas kenyataan itu lagi, saranan berkenaan diberikan memandangkan keadaan sukar ekonomi semasa di samping keperluan untuk membendung inflasi.
Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang dan anak Gabenor pertama Sarawak, Tun Datuk Abang Openg Abang Sapiee.
Ketika itu, ayah beliau ialah Pegawai Daerah Limbang, antara anak tempatan terawal menjawat jawatan itu di bawah pemerintahan penjajah British.
Pada tahun lepas, saranan sama turut dikemukakan Abang Johari dan meminta peruntukan untuk membeli iklan mengucapkan selamat hari jadinya di sebaliknya disalurkan kepada Tabung Amanah Bencana Covid-19 Negeri.
https://sarawakvoice.com/2022/08/03/abang-johari-sambut-hari-jadi-esok-enggan-rakan-iklan-di-akhbar/ |