CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 767|Reply: 1

[Sarawak] Permainan batu seremban, pangkak guli bakal serikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak

[Copy link]
Post time 4-8-2022 08:01 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Permainan batu seremban, pangkak guli dan tingting adalah antara aktiviti permainan tradisional yang boleh diikuti para pengunjung dalam program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Sarawak, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini di Dataran Perayaan, Petra Jaya di sini.
Berdasarkan atur cara yang disediakan, aktiviti itu akan bermula seawal 9.00 pagi Jumaat sebagai antara sukan rakyat yang akan disajikan untuk pengunjung, selain permainan batak lampung, menyumpit serta aktiviti bakat dan reka cipta untuk kanak-kanak.

Sebanyak 28 kaunter perkhidmatan awam yang menyediakan bantuan dan perkhidmatan disediakan kepada pengunjung sepanjang tiga hari JAKM itu, berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, turut diadakan Pemadanan Perniagaan, Cabutan Bertuah, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Malam Zikir Berkah ‘Darul Hanna’, Jualan Keluarga Malaysia, Jualan Usahawan IKS, E-Sukan, Sukan Rakyat, Cita Rasa Keluarga Malaysia, trak makanan, Sihat Keluarga Malaysia dan Larian Sihat Keluarga Malaysia.

Dengan menyediakan pelbagai gerai yang menjual produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ia membolehkan pengunjung melihat sendiri, serta memberi peluang untuk membeli produk-produk keluaran usahawan tempatan.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan persembahan menarik diadakan di pentas utama dan pentas mini IKS seperti bicara kerjaya, bengkel seni, seminar, persembahan nyanyian, perasmian penutupan JAKM dan lain-lain lagi.

Orang ramai yang ingin berkunjung ke AKM boleh membuat pendaftaran awal di https://bit.ly/SARAWAKJAKM dan untuk makluman lanjut melayari laman  web www.keluargamalaysia.gov.my. - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/03/permainan-batu-seremban-pangkak-guli-bakal-serikan-jelajah-aspirasi-keluarga-malaysia


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 05:54 AM | Show all posts
batu seremban i tau...pangkak guli tu apa? and ting ting yg main lompat sebelah kaki ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042907 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list