CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Terengganu] Separuh akhir Piala FA: 400 anggota, pegawai polis ditempatkan di stadium

[Copy link]
Post time 6-8-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Kuala Terengganu: Seramai 400 pegawai dan anggota akan ditempatkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus bagi memastikan perlawanan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu FC menentang Selangor FC, Sabtu ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, penugasan itu bagi menjaga serta mengawal ketenteraman awam dan keselamatan perlawanan bola sepak itu.

Beliau berkata, polis trafik juga ditempatkan untuk mengawal aliran trafik di sekitar kawasan stadium bagi mengelak kesesakan lalu lintas.



Katanya, penonton juga diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama stadium.

"Kita memohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur operasi standard standard (SOP) terhadap kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan oleh petugas sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium dengan melakukan pemeriksaan badan dan beg.

"Penonton tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang seperti

mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air , botol kaca, pemetik api, sebarang objek tajam seperti besi dan kayu dan senjata tajam seperti pisau, parang, gunting dan sebagainya ke dalam stadium," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menasihatkan penonton supaya tidak menimbulkan sebarang kekacauan dan kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka yang ditangkap jika menganjurkan perhimpunan, perarakan atau membuat provokasi, pergaduhan, pertelingkahan atau nyanyian dalam bentuk sindiran atau hinaan.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan yang diberikan pegawai polis yang bertugas dan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243 untuk sebarang pertanyaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empatkan-di-stadium

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045390 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list