View: 343|Reply: 0
|
[Pahang]
Lima lelaki dipercayai penyeludup diesel ditahan
[Copy link]
|
|
Empat lori yang diubah suai dan terdapat tangki tambahan bagi aktiviti penyeludupan minyak diesel yang dirampas di Pangkalan Haram Tualang, Pengkalan Kubor. FOTO IHSAN KPDNHEP
Tumpat: Lima lelaki disyaki penyeludup ditahan ketika sedang memindahkan diesel dari tangki lima kenderaan termasuk empat lori dalam operasi di pangkalan haram Tualang di sini, semalam.
Serbuan dilakukan kira-kira 1 tengah hari oleh sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) selepas mengekori sebuah lori dari sekat pintas Ular, Pengkalan Kubor.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semasa serbuan, kesemua suspek sedang menyedut diesel daripada tangki kenderaan ke dalam beberapa tong plastik dengan menggunakan pam dan hos getah.
"Kami merampas kira-kira 150 liter diesel bersama lima kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM430,372.
"Kita percaya diesel itu akan diseludup ke negara jiran menerusi Sungai Golok dengan menggunakan bot memandangkan lokasi kegiatan itu hanya beberapa meter dari sempadan negara.
"Lima lelaki berusia 22 hingga 43 tahun yang ditahan kini direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya, pihaknya percaya semua kenderaan itu digunakan untuk aktiviti penyeludupan diesel kerana udah diubah suai dan terdapat tangki tambahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udup-diesel-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|