CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Pahang] Geng Mamat curi di tapak ECRL kena tahan

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode

DSP Norzamri Abd Rahman (dua, kanan) menunjukkan selaras senapang angin yang dirampas daripada sindiket Geng Mamat bersama pelbagai peralatan pembinaan yang dicuri di enam tapak pembinaan projek Laluan Rel PantaiTimur (ECRL) sekitar Maran sejak April tahun lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran hari ini. FOTO BERNAMA

Maran: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita ahli 'Geng Mamat' yang disyaki aktif mencuri pelbagai peralatan pembinaan dianggarkan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini sejak April tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kesemua suspek ditahan di tiga lokasi sekitar daerah ini dalam satu operasi khas yang dijalankan pada Jumaat lepas.

Suspek yang ditahan merupakan wanita dan lelaki menganggur berusia 21 dan 25 tahun selain suspek yang bekerja sebagai buruh ladang berusia 32 tahun dan pemandu lori berumur 19 tahun.

Beliau berkata ketika tangkapan, polis turut merampas pelbagai peralatan yang disyaki dicuri antaranya mesin pemotong, penukul, kipas angin, pam angin, wayar pelbagai saiz dan motor pam.


Katanya kumpulan berkenaan disyaki melakukan kegiataan itu pada waktu malam di lokasi yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

"Selain sebuah kereta jenis Proton Iswara, polis juga merampas selaras senapang angin dan sepasang gari yang disyaki digunakan kumpulan itu untuk aktiviti penyamaran atau peras ugut pekerja asing," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini, hari ini.

Menurut beliau, satu peket plastik mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat 2.13 gram turut dirampas dalam operasi berkenaan dan hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

Mengulas lanjut, Norzamri berkata pihaknya percaya terdapat dua lagi ahli kumpulan berkenaan masih bebas dan usaha memburu mereka giat dijalankan.

Katanya, kesemua suspek akan disambung reman setelah empat hari ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pak-ecrl-kena-tahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.650661 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list