CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Terengganu] Operasi Carilamat ditamatkan, dua nelayan gagal dijumpai

[Copy link]
Post time 13-8-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA pasukan Carilamat sedang mengesan dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Redang, hari ini. FOTO ihsan APMM

Kuala Terengganu: Operasi Carilamat untuk mengesan dua nelayan yang hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Redang ditamatkan, hari ini.

Operasi diaktifkan selama empat hari bermula Selasa lalu ditamatkan kira-kira jam 7 malam tadi selepas gagal menemui mangsa, Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66.

Pengarah Agensi Penguat Kuasa Maritim negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, penamatan Carilamat dikuatkuasakan selepas tiada sebarang petunjuk sepanjang operasi yang bermula sejak Selasa lalu.


Bagaimanapun, katanya, usaha mencari dan menyelamat akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baru yang menyumbang ke arah penemuan mangsa.

"Sektor keseluruhan pencarian bagi operasi Carilamat sepanjang empat hari merangkumi kawasan seluas 449.2 batu nautika persegi.

"Beberapa aset sudah diatur gerak sepanjang operasi iaitu Kapal Maritim (KM) Redang, KM Bagahak, Bot Perkasa 1234, Bot Perikanan PTL 13 serta pesawat udara Bombardier CL415 dan AW 139 serta dibantu 10 bot nelayan tempatan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, Carilamat bot nelayan tempatan yang karam di Pulau Redang berjaya menemui tiga mayat iaitu Saludin Ismail, 50, Ahmad Nazri Ishak, 48 dan Zulkifli Umar, 48, manakala seorang lagi mangsa Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, selamat.

Operasi turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Perikanan membabitkan lebih 100 pegawai serta anggota diaktifkan selepas menerima laporan bot nelayan dinaiki enam nelayan karam dipukul ribut pada kedudukan 10 batu nautika dari Pulau Redang, Isnin lalu.

Muhammad Suffi menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di laut supaya mengutamakan aspek keselamatan dan menyalurkan maklumat jika berlaku kecemasan di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim negeri di talian 09-6224357.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayan-gagal-dijumpai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.113585 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list