CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kelantan] Peserta Muaythai meninggal dunia selepas perlawanan

[Copy link]
Post time 14-8-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Muhamad Zaki Harun. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Seorang peserta Muaythai dari Thailand disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, jam 10.57 pagi, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa, Kittichai Chaengkhao, 28, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas diserang lawan ketika menyertai perlawanan Muaythai Ambang Merdeka 2022 di Kampung Che Deris, Badang, di sini, kelmarin

Katanya, mangsa pada awalnya dibawa ke Klinik Kesihatan Badang pada jam 1 pagi, semalam, sebelum dirujuk ke HRPZ II, namun disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam bertarung nyawa akibat berlaku pendarahan di dalam otak.



"Ketika kejadian mangsa yang berasal dari Chumpong, Thailand, ini dilaporkan sedang berlawan dengan seorang peserta dari Kuala Lumpur, tetapi kemudian tewas dan jatuh sebelum tidak sedarkan diri serta dibawa mendapatkan rawatan.

"Sebaik segala urusan siasatandilakukan, jenazah dibawa pulang untuk diserahkan kepada waris melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

"Siasatan mendapati insiden ini tidak membabitkan sebarang unsur jenayah sebaliknya kemalangan ketika bersukan selain penganjur pertandingan juga mempunyai permit lengkap," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki turut mengulas berkaitan kekecohan antara penyokong yang berlaku pada Aksi Liga Perdana antara Kelantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Rabu lalu.

"Pihak kami akan membawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atau Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) jika perlu bagi memastikan keadaan terkawal di sepanjang perlawanan selepas ini.

"Bagaimanapun, pertemuan dengan pihak pengurusan stadium sudah diadakan bagi memantapkan lagi penugasan supaya penyokong dapat dikawal sebaiknya pada perlawanan akan datang.

"Kita juga dimaklumkan bahawa sekuriti stadium sendiri terdiri daripada lebih 40 ahli yang diharap dapat sama-sama membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.

Menurutnya, Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) juga diarahkan bertugas setiap kali perlawanan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -selepas-perlawanan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050156 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list