CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Terengganu] Pembantu rumah dera dua anak majikan direman

[Copy link]
Post time 15-8-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode

PEMBANTU rumah yang disyaki mendera dua anak majikannya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF


KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu rumah ditahan reman selama empat hari selepas dipercayai mendera dua orang anak majikannya dalam kejadian di sini pada Sabtu lalu.

Majistret Nordiana Abd. Aziz mengeluarkan perintah reman ke atas wanita berusia 48 tahun warga Indonesia itu bermula hari ini bagi membantu siasatan pihak polis.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, suspek didakwa merentap tangan kiri mangsa dengan kuat sehingga terkehel selain menyiram air ke atas muka mangsa.

Kejadian dipercayai dilakukan suspek terhadap mangsa yang berusia satu tahun dan tiga tahun di sebuah rumah di taman perumahan di Kuala Terengganu, di sini Sabtu lalu.

Perbuatan suspek itu disedari kedua ibu bapa mangsa setelah melihat rakaman kamera litar tertutup di rumah mereka sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ak-majikan-direman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.163084 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list