CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Terengganu] Geng Seri akhirnya tumpas

[Copy link]
Post time 18-8-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Rozak (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPD Besut di Kampung Raja. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Seri yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah serta curi kenderaan di sekitar Kuala Besut sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, tiga individu berumur 25 hingga 28 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Kuala Besut pada 14 hingga 18 Ogos.

Katanya, kumpulan itu dipercayai terbabit dengan 11 kes pecah rumah serta curi kenderaan yang dilaporkan sejak awal tahun ini.


"Penahanan suspek pertama berumur 28 tahun pada 14 Ogos lalu hasil maklumat pengadu yang membuat laporan rumahnya dipecah masuk dan kehilangan beberapa barang berharga seperti komputer riba serta telefon bimbit.

"Suspek juga sebelum ini diburu untuk membantu siasatan beberapa kes lain dan penahanannya dapat mengesan dua lagi individu yang terbabit dengan kumpulan ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini hari ini.

Rozak berkata, Geng Seri menggunakan modus operandi dengan hanya seorang ahli iaitu suspek pertama bergerak solo melakukan pecah rumah dan curi kenderaan sebelum menjual barang curi kepada rangkaian mereka.

"Dia menggunakan pemutar skru untuk mengumpil tingkap rumah dan dipercayai bergerak aktif pada waktu malam serta awal pagi sekitar jam 1 pagi.

"Suspek itu juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau dengan empat daripadanya berkaitan kesalahan jenayah dadah serta empat lain-lain jenayah.

"Hasil ujian air kencing ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, suspek kedua berumur 24 tahun serta suspek ketiga berumur 25 tahun dipercayai adalah rangkaian yang membantu menyimpan serta melupuskan barang curi.

"Antara barangan rampasan kes antaranya sebuah motosikal, komputer riba pelbagai jenama, telefon bimbit pelbagai jenama, satu logam dipercayai emas yang dilebur, jam tangan, iPad serta koleksi perhiasan wanita.

"Nilai rampasan barang rampasan berjumlah RM25,000 sementara nilai keseluruhan kerugian yang dilaporkan pengadu berjumlah RM28,200," katanya.

Menurutnya, tempoh tahanan reman suspek pertama bermula pada 15 hingga 18 Ogos sementara suspek kedua serta ketiga bermula pada 17 hingga 19 Ogos.

Rozak berkata, kes siasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 379(A), Seksyen 379 berkaitan pecah rumah serta curi kenderaan dan dua kes berkaitan dadah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 12(2) serta Seksyen 15(1).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eri-akhirnya-tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.039279 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list