CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 686|Reply: 0

[Kelantan] Dianggarkan terdapat hingga 30 peratus wanita mati putik

[Copy link]
Post time 20-8-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Dianggarkan 20 hingga 30 peratus wanita di negara ini yang sudah berkahwin dan berisiko mengalami masalah mati putik.

Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Rosediani Muhamad berkata, ia berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian 10 tahun lalu dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan disebabkan faktor persekitaran.

Menurutnya, kajian berkenaan dilakukan dalam kalangan wanita yang mempunyai penyakit seperti kanser dan kebanyakan mereka mengakui mengalami masalah mati putik.


"Antara punca mati putik dalam kalangan wanita adalah disebabkan masalah yang datang dari diri mereka sendiri seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, perasaan tidak mencukupi secara seksual, masalah perkahwinan, kekurangan teknik ketika melakukan hubungan seks atau perhubungan dengan pasangan masing-masing.

"Mati putik mendorong kepada masalah seksual wanita yang menyebabkan tiada keinginan dan sukar mencapai klimaks ketika bersama pasangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Seksualiti di Asia 2022 (AOFS) yang dirasmikan Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Dr Shaharum Samsuddin di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden AOFS Dr Narayana Reddy dan Timbalan Canselor USM Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Mengulas lanjut, Dr Rosediani berkata, masalah mati putik boleh dirawat dan di Hospital USM mempunyai pakar untuk merawat masalah itu, dengan mereka yang bermasalah hanya perlu ke Klinik Rawatan Keluarga (KRK).

Katanya, setakat ini sudah ramai yang berjaya dirawat serta memiliki zuriat.

"Selain itu terapi atau sokongan psikologi boleh membantu menangani isu kesihatan dan trauma seksual.


Profesor Dr Shaharum Samsuddin (tiga kanan) bersama penceramah dan peserta selepas Majlis Perasmian Persidangan Seksualiti di Asia 2022 di sini, hari ini. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

"Terapi keintiman dengan pakar terlatih boleh membantu individu dan pasangan menyelesaikan isu seksual," katanya.

Sementara itu, Dr Shaharum berkata, persidangan berkenaan diadakan dua tahun sekali di pelbagai negara di seluruh Asia Pasifik dan pada tahun ini USM dipilih menjadi tuan rumah yang diadakan secara hibrid selama tiga hari bermula hari ini sehingga 21 Ogos yang menampilkan penceramah tersohor di seluruh dunia.

"Lebih 250 peserta dari dalam dan luar negara menyertai persidangan ini termasuklah dari Australia, India, Jepun, Finland, Korea serta Indonesia.

"Diharap persidangan ini akan menjadi platform utama untuk bertukar pandangan, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan perawatan terkini di dalam bidang seksologi dan perubatan seksual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mati-putik-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047808 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list