CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemilik syarikat, eksekutif kanan direman kes tuntutan palsu

[Copy link]
Post time 20-8-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik syarikat, eksekutif kanan direman kes tuntutan palsu

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 20 Ogos 2022 12:16pm






Dua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM41,442.




GEORGETOWN - Seorang pemilik syarikat penyediaan latihan dan eksekutif kanan sebuah syarikat direman empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM41,442.

Suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tiba di Kompleks Mahkamah Georgetown kira-kira jam 10.30 pagi untuk mendapatkan perintah tersebut.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-duanya dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas Pegawai Penyiasat SPRM, Rashid Ambi membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek lelaki yang berusia 56 tahun dan suspek wanita berusia 29 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM40,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek terbabit ditahan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang kira-kira jam 4.30 petang pada Jumaat ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek wanita yang merupakan eksekutif kanan sebuah syarikat dan suspek lelaki iaitu pemilik syarikat penyediaan latihan dipercayai terlibat dalam kesalahan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan lima penganjuran latihan perisian komputer bernilai lebih RM40,000 pada 2021 sedangkan penganjuran latihan terbabit tidak dilaksanakan.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 manakala hanya suspek wanita diwakili peguam, K Mahendran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036429 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list